JENIS-JENIS FABRIK (Boleh lihat diruangan INFO)
- SUTERA
Sutera adalah fabrik yang
mempunyai bahan yang lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaitkan dengan
wanita dan cinta. Antara ciri-ciri sutera adalah sangat lembut dan licin
dikulit dan bahannya jatuh, menyerap peluh serta memerlukan pembasuhan kering
supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.
Fabrik Sutera (Gambar diperoleh daripada Website Jakel..TQ) |
- VISCOSE
Viscose adalah
fabrik apabila dipakai terasa lembut dan dingin di kulit, bahannya jatuh, tidak
kaku dan warnanya berkilat. Fabrik ini boleh dicuci atau dicuci kering,
kekotoran dari sisa makanan dan minyak akan mudah hilang jika menggunakan bahan
pencuci serta turut menyerap peluh. Tetapi pakaian atau bahan viscose ini akan rosak apabila direndam
dengan bahan pencuci lebih daripada 1 jam.
Fabrik Viscose (Gambar diperoleh daripada Website Asia Ru..TQ) |
- LINEN
Linen adalah sejenis fabrik
yang kaku dan dingin, maka ia sangat sesuai untuk pakaian kasual dan juga dress. Selain itu, linen juga mempunyai
permukaan fabrik yang agak kasar, menyerap peluh, 4 kali lebih lasak daripada
fabrik cotton, tahan dijemur panas
pada suhu 450°F. Kain juga akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam.
Fabrik Linen (Gambar diperoleh daripada Blog Yusemy Textile..TQ) |
No comments:
Post a Comment