Fabolous Februari!!

Syukur dan alhamdulillah..Februari dtg lagi...Pastinya lebih meriah bulan ini..kerana kami akan kongsikan dgn anda tutorial wideshawl terkini dari laman yuotube yg hot bulan ini..nanti kan lagi...Sebarang pertanyaan utk dropship dan agent borong boleh hubungi 019-9062688 atau layari Facebook

Monday, 18 August 2014

JENIS-JENIS FABRIK BHG 2

JENIS-JENIS FABRIK (Boleh lihat diruangan INFO)


  • MICROFIBER

Fabrik jenis ini mempunyai kekuatan yang luar biasa dan 3 kali ganda lebih halus daripada cotton. Keselesaan memakainya sama seperti ‘natural fabric’. Ia juga lembut dan tahan lama namun fabrik ini lebih mahal dan sesuai untuk sukan, aktiviti luar dan kegunaan pejabat. Kelebihannnya, si pemakai akan berasa sejuk dan kering.
 
Fabrik Microfiber (Gambar diperoleh daripada Website Okok China..TQ)

Struktur Fabrik Microfiber (Gambar diperoleh daripada Website Auto Geek..TQ)


  • INTERLOCK

Interlock adalah jenis fabrik yang mempunyai kualiti yang sangat bagus. Fabrik jenis ini tebal, lembut dan tidak panas. Biasanya pelanggan yang mementingkan keselesaan dan kualiti akan memilih fabrik jenis ini.
 
Fabrik Interlock (Gambar diperoleh daripada Website Crafting Fashion..TQ)

Struktur Fabrik Interlock (Gambar diperoleh daripada Blog Textile Learner..TQ)


  • CREPE

Sejenis fabrik nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S dan Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Crepe dikatakan sebagai jenis material fabrik yang terbaik. Fabriknya nampak ringan tapi apabila sudah siap dijadikan baju, fabrik jenis crepe akan jatuh dan kelihatan cantik serta sangat senang untuk digosok. Sebab itu fabrik jenis crepe ini agak mahal.

Fabrik Crepe (Gambar diperoleh daripada Website Yihee Textile..TQ)


No comments:

Post a Comment