Fabolous Februari!!

Syukur dan alhamdulillah..Februari dtg lagi...Pastinya lebih meriah bulan ini..kerana kami akan kongsikan dgn anda tutorial wideshawl terkini dari laman yuotube yg hot bulan ini..nanti kan lagi...Sebarang pertanyaan utk dropship dan agent borong boleh hubungi 019-9062688 atau layari Facebook

Monday, 25 August 2014

JENIS-JENIS FABRIK BHG 4

JENIS-JENIS FABRIK (Boleh lihat diruangan INFO)


  • CHIFFON

Chiffon biasanya diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak fabrik chiffon, fabrik chiffon yang diperbuat daripada polister adalah yang paling susah untuk diwarnakan. Biasanya fabrik chiffon digunakan untuk membuat gaun, riben dan juga pakaian dalam. Chiffon adalah sejenis fabrik yang berkain jarang, mudah dilentuk, sejuk, mudah digosok dan sangat cantik sebab itu kebanyakan fabrik chiffon selalu digunakan untuk membuat kurung moden atau kebaya. Tetapi fabrik jenis ini agak susah untuk didapati buat masa sekarang dan penjagaannya juga perlu teliti kerana akan mudah tertarik jika pemakainya agak lasak.

Fabrik Chiffon (Gambar diperoleh daripada Website Jinyuhg Texindex..TQ)

  • SATIN

Fabrik satin selalunya licin dan sesuai digunakan untuk membuat baju melayu dan pakaian pengantin. Satin mudah dijahit, senang dijaga dan juga tahan lama.

Fabrik Satin (Gambar diperoleh daripada Website Big Daddy Gypsy..TQ)

Struktur Fabrik Satin (Gambar diperoleh daripada Website En Wikipedia..TQ)

  • POLISTER

Polister memiliki daya ketahanan yang kuat. Cuma kelemahannya adalah bersifat bahan terasa panas di badan, tidak menyerap peluh, pemakai yang mempunyai masalah kulit sensitif dan bermasalah disarankan tidak memakai bahan polister tulen kerana akan merosakkan lagi kulit anda serta kotoran minyak dan makanan juga susah untuk dihilangkan pada pakaian. Tetapi polister tahan untuk direndam di dalam air lebih dari 3 jam.

Fabrik Polister (Gambar diperoleh daripada Website Yofitex..TQ)

Struktur Fabrik Polister (Gambar diperoleh daripada Website Wise Geek..TQ)

No comments:

Post a Comment