JENIS-JENIS FABRIK (Boleh lihat diruangan INFO)
- JACQUARD
Merupakan fabrik yang
memiliki pola yang ditenun menjadi fabrik, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun
tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh sebab itu, fabrik ini
dinamakan JACQUARD. Ia memberikan
fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas fabrik. Fabrik jenis ini
adalah berkilat dan juga licin. Fabrik jenis ini kelihatan seolah-olah berkilau
dan warnanya juga terang. Masalah pada fabrik ini ialah ia agak susah untuk
digosok tetapi jika dihantar untuk ‘dry
cleaning’ masalah ini sudah selesai.
Struktur Fabrik Jacquard (Gambar diperoleh daripada Website Meersschaert..TQ) |
- RAYON
Rayon merupakan fabrik yang
lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya serapan yang baik.
Namun begitu, rayon merupakan sejenis
fabrik yang boleh menyusut. Terdapat 2 jenis rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering dan juga untuk cucian
biasa. Rayon adalah fabrik yang
paling murah berbanding dengan fabrik-fabrik yang lain tetapi fabriknya sedikit
keras. Untuk mengetahui sama ada fabrik itu adalah sejenis rayon, anda boleh cuba merenyukkan fabrik itu dan jika ia berkedut
maka fabrik tersebut terbukti adalah rayon.
- ORGANZA
Organza adalah fabrik yang
diperbuat daripada sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang
sukar dan agak nipis. Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan
sintetik seperti polister ataupun nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang
berkemampuan untuk mencuba fabrik jenis organza ini. Biasanya fabrik organza
ini sesuai dijadikan baju pengantin.
Fabrik Organza (Gambar diperoleh daripada Website Eden House Fabrics..TQ) |
No comments:
Post a Comment