Fabolous Februari!!

Syukur dan alhamdulillah..Februari dtg lagi...Pastinya lebih meriah bulan ini..kerana kami akan kongsikan dgn anda tutorial wideshawl terkini dari laman yuotube yg hot bulan ini..nanti kan lagi...Sebarang pertanyaan utk dropship dan agent borong boleh hubungi 019-9062688 atau layari Facebook

Info

JENIS-JENIS FABRIK


  • COTTON 100%


Fiber semulajadi yang berasal dari tanaman kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu, ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai. Fabrik jenis ini mudah dibasuh, kotoran mudah hilang, lembut, tahan lama, bahan terasa dingin, sejuk, menyerap peluh dan selesa dipakai. Keburukkan cotton ialah ianya cepat melebar dan warnanya cepat hilang dibawah cahaya matahari. Fabrik akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam. Pakaian sukan dan pakaian kanak-kanak disarankan memilih fabrik jenis ini. Fabrik jenis ini boleh di ‘dry clean’.

Fabrik Cotton 100% (Gambar diperoleh daripada Website All Biz..TQ)

  • LACOSTE


Ia adalah campuran polister dan cotton. Fabrik jenis ini tidak melebar seperti fabrik jenis cotton, malah ia juga tidak mudah berkedut. Tetapi harus diingat bahawa lacoste kurang sejuk dan menyerap peluh berbanding cotton 100%. Pakaian seperti jaket, suits dan pakaian sukan amatlah disarankan memilih fabrik jenis lacoste.
 
Fabrik Lacoste (Gambar diperoleh daripada Website Haozhengcn..TQ


Struktur Fabrik Lacoste (Gambar diperoleh daripada Website Wikimedia Commons..TQ)



  • TETRA COTTON



Bagi mereka yang mempunyai bajet rendah, fabrik tetra cotton adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Fabrik jenis ini bukanlah 100% cotton, maka anda akan rasa cepat panas ketika memakaianya. Namun, kebiasaannya fabrik jenis ini akan tahan lebih lama kerana ia tidak mudah mengembang.

Fabrik Tetra Cotton (Gambar diperoleh daripada Website Maxwell Fabrics..TQ)


  • MICROFIBER

Fabrik jenis ini mempunyai kekuatan yang luar biasa dan 3 kali ganda lebih halus daripada cotton. Keselesaan memakainya sama seperti ‘natural fabric’. Ia juga lembut dan tahan lama namun fabrik ini lebih mahal dan sesuai untuk sukan, aktiviti luar dan kegunaan pejabat. Kelebihannnya, si pemakai akan berasa sejuk dan kering.


Fabrik Microfiber (Gambar diperoleh daripada Website Okok China..TQ)

Struktur Fabrik Microfiber (Gambar diperoleh daripada Website Auto Geek..TQ)


  • INTERLOCK

Interlock adalah jenis fabrik yang mempunyai kualiti yang sangat bagus. Fabrik jenis ini tebal, lembut dan tidak panas. Biasanya pelanggan yang mementingkan keselesaan dan kualiti akan memilih fabrik jenis ini.


Fabrik Interlock (Gambar diperoleh daripada Website Crafting Fashion..TQ)

Struktur Fabrik Interlock (Gambar diperoleh daripada Blog Textile Learner..TQ)


  • CREPE

Sejenis fabrik nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S dan Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Crepe dikatakan sebagai jenis material fabrik yang terbaik. Fabriknya nampak ringan tapi apabila sudah siap dijadikan baju, fabrik jenis crepe akan jatuh dan kelihatan cantik serta sangat senang untuk digosok. Sebab itu fabrik jenis crepe ini agak mahal.

Fabrik Crepe (Gambar diperoleh daripada Website Yihee Textile..TQ)



  • JACQUARD

Merupakan fabrik yang memiliki pola yang ditenun menjadi fabrik, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh sebab itu, fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas fabrik. Fabrik jenis ini adalah berkilat dan juga licin. Fabrik jenis ini kelihatan seolah-olah berkilau dan warnanya juga terang. Masalah pada fabrik ini ialah ia agak susah untuk digosok tetapi jika dihantar untuk ‘dry cleaning’ masalah ini sudah selesai.


Fabrik Jacquard (Gambar diperoleh daripada Website Etsy..TQ

Struktur Fabrik Jacquard (Gambar diperoleh daripada Website Meersschaert..TQ)

  • RAYON

Rayon merupakan fabrik yang lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya serapan yang baik. Namun begitu, rayon merupakan sejenis fabrik yang boleh menyusut. Terdapat 2 jenis rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering dan juga untuk cucian biasa. Rayon adalah fabrik yang paling murah berbanding dengan fabrik-fabrik yang lain tetapi fabriknya sedikit keras. Untuk mengetahui sama ada fabrik itu adalah sejenis rayon, anda boleh cuba mengkomotkan fabrik itu dan jika ia berkedut maka fabrik tersebut terbukti adalah rayon.


Fabrik Rayon (Gambar diperoleh daripada Website Cysilk Manufacturer Global Sources..TQ)

  • ORGANZA

Organza adalah fabrik yang diperbuat daripada sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar dan agak nipis. Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti polister ataupun nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang berkemampuan untuk mencuba fabrik jenis organza ini. Biasanya fabrik organza ini sesuai dijadikan baju pengantin.

Fabrik Organza (Gambar diperoleh daripada Website Eden House Fabrics..TQ)


  • CHIFFON

Chiffon biasanya diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak fabrik chiffon, fabrik chiffon yang diperbuat daripada polister adalah yang paling susah untuk diwarnakan. Biasanya fabrik chiffon digunakan untuk membuat gaun, riben dan juga pakaian dalam. Chiffon adalah sejenis fabrik yang berkain jarang, mudah dilentuk, sejuk, mudah digosok dan sangat cantik sebab itu kebanyakan fabrik chiffon selalu digunakan untuk membuat kurung moden atau kebaya. Tetapi fabrik jenis ini agak susah untuk didapati buat masa sekarang dan penjagaannya juga perlu teliti kerana akan mudah tertarik jika pemakainya agak lasak.

Fabrik Chiffon (Gambar diperoleh daripada Website Jinyuhg Texindex..TQ)

  • SATIN

Fabrik satin selalunya licin dan sesuai digunakan untuk membuat baju melayu dan pakaian pengantin. Satin mudah dijahit, senang dijaga dan juga tahan lama.

Fabrik Satin (Gambar diperoleh daripada Website Big Daddy Gypsy..TQ)

Struktur Fabrik Satin (Gambar diperoleh daripada Website En Wikipedia..TQ)

  • POLISTER

Polister memiliki daya ketahanan yang kuat. Cuma kelemahannya adalah bersifat bahan terasa panas di badan, tidak menyerap peluh, pemakai yang mempunyai masalah kulit sensitif dan bermasalah disarankan tidak memakai bahan polister tulen kerana akan merosakkan lagi kulit anda serta kotoran minyak dan makanan juga susah untuk dihilangkan pada pakaian. Tetapi polister tahan untuk direndam di dalam air lebih dari 3 jam.

Fabrik Polister (Gambar diperoleh daripada Website Yofitex..TQ)

Struktur Fabrik Polister (Gambar diperoleh daripada Website Wise Geek..TQ)

  • SUTERA

Sutera adalah fabrik yang mempunyai bahan yang lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaitkan dengan wanita dan cinta. Antara ciri-ciri sutera adalah sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh, menyerap peluh serta memerlukan pembasuhan kering supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.

Fabrik Sutera (Gambar diperoleh daripada Website Jakel..TQ)

  • VISCOSE

Viscose adalah fabrik apabila dipakai terasa lembut dan dingin di kulit, bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya berkilat. Fabrik ini boleh dicuci atau dicuci kering, kekotoran dari sisa makanan dan minyak akan mudah hilang jika menggunakan bahan pencuci serta turut menyerap peluh. Tetapi pakaian atau bahan viscose ini akan rosak apabila direndam dengan bahan pencuci lebih daripada 1 jam.

Fabrik Viscose (Gambar diperoleh daripada Website Asia Ru..TQ)

  • LINEN

Linen adalah sejenis fabrik yang kaku dan dingin, maka ia sangat sesuai untuk pakaian kasual dan juga dress. Selain itu, linen juga mempunyai permukaan fabrik yang agak kasar, menyerap peluh, 4 kali lebih lasak daripada fabrik cotton, tahan dijemur panas pada suhu 450°F. Kain juga akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam.

Fabrik Linen (Gambar diperoleh daripada Website Yusemy Textile..TQ)

  • SONGKET

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dalam kalangan bangsawan Melayu.
Fabrik Songket (Gambar diperoleh daripada Website Ieda Immi..TQ)

Struktur Fabrik Songket (Gambar diperoleh daripada Blog Laman Seni 09..TQ)

  • KAIN RENDA

Fabrik jenis ini mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.

Kain Renda (Gambar diperoleh daripada Website Fit Inline..TQ)

  • SCOTCHGUARD

Fabrik jenis ini diselaputi bahan kalis air serta tahan lasak.

Fabrik Scotchguard (Gambar diperoleh daripada Website Etsy..TQ)

  • WOOL

Fabrik ini berasal daripada bulu haiwan terutamanya biri-biri. Antara ciri-ciri fabrik ini adalah ianya akan kembali kepada keadaan asal setelah direnggangkan dan bertahan lama. Ia juga tidak mudah kotor dan amat sesuai untuk dipakai untuk menahan cuaca sejuk. Fabrik wool tidak sesuai untuk dicuci dengan kerap kerana ia tidak dapat bertahan lama sekiranya ia kerap dicuci. Oleh itu, setkan mesin basuh ke mod delicate dan jangan digosok dengan menggunakan berus sekiranya dicuci. Untuk mengelakkan fabrik ini mengecut, jangan keringkan menggunakan alat pengering.

Fabrik Wool (Gambar diperoleh daripada Website Glam Check..TQ)

Struktur Fabrik Wool (Gambar diperoleh daripada Website Wool Mark..TQ)

  • LYCRA

Lycra adalah sejenis fiber kenyal yang dapat meregang 4-7 kali ganda dan bila dilepaskan ia dapat kembali ke ukuran asalnya. Lycra bersifat kenyal dan nampak melekat pada tubuh. Fiber kain lycra juga dicampur dengan fiber semulajadi seperti wool, linen, sutera dan cotton. Campuran ini tidak mengubah bentuk kain lycra malah meningkat prestasi kain yang lebih baik. Ianya juga meningkat fleksibiliti, memberi kesejukan kepada pemakai dan juga membentuk kain yang lebih fleksibel. Kain lycra juga mempunyai sruktur kimia yang khusus yang dapat menyerap peluh dan anti parasit, fungus, cendawan dan lain-lain. Campuran fiber semulajadi dan buatan juga meningkatkan kualiti kain yang memberi kesegaran dan keselesaan kepada pemakai. Lycra diaplikasi secara meluas untuk semua jenis pakaian seperti kemeja, blousesweater, jaket, jubah, gaun, pakaian renang, pakaian olahraga, telekung, tudung dan juga selendang. Berbagai nama fabrik dikaitan dengan lycra sebagaimana kain chiffon seperti lycra plain, lycra printed (bercetak), lycra paisley, lycra tribal dan lain-lain.

Lycra CottonLycra jenis ini bergetah dan lembut jadi ia mengikut bentuk badan walaupun ada campuran cotton. Kain lycra jenis ini bersifat berbulu dan mudah terkoyak. Contoh: Jubah atau Cardigan Lycra. Antara ciri-ciri kain lycra seperti ianya kelihatan kasual, kenyal (elastik), tahan lama, tahan haba panas, lembut, halus, penyerap air yang baik mempunyai kestabilan dimensi yang dapat menjaga postur pemakai, mempunyai ketahanan lipatan dan fit pada tubuh pemakai. Lycra juga tidak perlu disterika jika malas.

Fabrik Lycra (Gambar diperoleh daripada Website SLDR Fabrics..TQ

Struktur Fabrik Lycra (Gambar diperoleh daripada Blog Textile Learner..TQ)

Struktur Fabrik Lycra (Gambar diperoleh daripada Website Acadex..TQ)

No comments:

Post a Comment