JENIS-JENIS FABRIK (Boleh lihat diruangan INFO)
- WOOL
Fabrik ini berasal daripada
bulu haiwan terutamanya biri-biri. Antara ciri-ciri fabrik ini adalah ianya
akan kembali kepada keadaan asal setelah direnggangkan dan bertahan lama. Ia
juga tidak mudah kotor dan amat sesuai untuk dipakai untuk menahan cuaca sejuk.
Fabrik wool tidak sesuai untuk dicuci
dengan kerap kerana ia tidak dapat bertahan lama sekiranya ia kerap dicuci.
Oleh itu, setkan mesin basuh ke mod delicate
dan jangan digosok dengan menggunakan berus sekiranya dicuci. Untuk
mengelakkan fabrik ini mengecut, jangan keringkan menggunakan alat pengering.
Struktur Fabrik Wool (Gambar diperoleh daripada Website Wool Mark..TQ) |
- LYCRA
Lycra adalah sejenis fiber
kenyal yang dapat meregang 4-7 kali ganda dan bila dilepaskan ia dapat kembali
ke ukuran asalnya. Lycra bersifat
kenyal dan nampak melekat pada tubuh. Fiber kain lycra juga dicampur dengan fiber semulajadi seperti wool, linen, sutera dan cotton. Campuran ini tidak mengubah
bentuk kain lycra malah meningkat
prestasi kain yang lebih baik. Ianya juga meningkat fleksibiliti, memberi
kesejukan kepada pemakai dan juga membentuk kain yang lebih fleksibel. Kain lycra
juga mempunyai sruktur kimia yang khusus yang dapat menyerap peluh dan anti
parasit, fungus, cendawan dan lain-lain. Campuran fiber semulajadi dan buatan
juga meningkatkan kualiti kain yang memberi kesegaran dan keselesaan kepada
pemakai. Lycra diaplikasi secara
meluas untuk semua jenis pakaian seperti kemeja, blouse, sweater, jaket,
jubah, gaun, pakaian renang, pakaian olahraga, telekung, tudung dan juga
selendang. Berbagai nama fabrik dikaitan dengan lycra sebagaimana kain chiffon
seperti lycra plain, lycra printed (bercetak), lycra paisley, lycra tribal
dan lain-lain.
Lycra Cotton: Lycra
jenis ini bergetah dan lembut jadi ia mengikut bentuk badan walaupun ada
campuran cotton. Kain lycra jenis ini bersifat berbulu dan mudah
terkoyak. Contoh: Jubah atau Cardigan
Lycra. Antara ciri-ciri kain lycra
seperti ianya kelihatan kasual, kenyal (elastik), tahan lama, tahan haba panas,
lembut, halus, penyerap air yang baik mempunyai kestabilan dimensi yang dapat
menjaga postur pemakai, mempunyai ketahanan lipatan dan fit pada tubuh pemakai. Lycra
juga tidak perlu disterika jika malas.
Fabrik Lycra (Gambar diperoleh daripada Website SLDR Fabrics..TQ) |
Struktur Fabrik Lycra (Gambar diperoleh daripada Blog Textile Learner..TQ) |
Struktur Fabrik Lycra (Gambar diperoleh daripada Website Acadex..TQ) |