Fabolous Februari!!

Syukur dan alhamdulillah..Februari dtg lagi...Pastinya lebih meriah bulan ini..kerana kami akan kongsikan dgn anda tutorial wideshawl terkini dari laman yuotube yg hot bulan ini..nanti kan lagi...Sebarang pertanyaan utk dropship dan agent borong boleh hubungi 019-9062688 atau layari Facebook

Monday, 29 September 2014

DYAN BUTTERFLY

Dyan Butterfly Kembali..
Dapatkan segera!!

Boleh order dengan komen di FACEBOOK
ataupun komen sahaja di BLOG ini & order
di bahagian ORDER FORM..

Dyan Butterfly 

RM55 Excluded postage
Buy 3 free postage

DETAILS:-
Material Body & Awning = Chiffone Crepe
Size = Free Size






Monday, 22 September 2014

INSTANT SHAWL ANNA

Instant Shawl baru!!!
Instant Shawl Anna...

Boleh order dengan komen di FACEBOOK
ataupun komen sahaja di BLOG ini & order
di bahagian ORDER FORM..

INSTANT SHAWL ANNA 

RM55 Excluded postage
Buy 3 free postage

DETAILS:-
Material Body = HIGH QUALITY CHIFFONE KOREA
Material Awning = COTTON JAPAN
Material Inner = LYCRA KOREA
Size = Free Size





Monday, 15 September 2014

SHAWL NAZIHAH 2 LAYER

Shawl Nazihah 2 Layer..
Mari Dapatkan..

Boleh order dengan komen di FACEBOOK
ataupun komen sahaja di BLOG ini & order 
di bahagian ORDER FORM..

SHAWL NAZIHAH 2 LAYER
RM41 EXCLUDED POSTAGE
BUY 3 FREE POSTAGE

Material Chiffone : Soft Plain Chiffone Korea
(Excluded inner)















Thursday, 4 September 2014

TUDUNG AQILAH SAIZ L

Anda Mencari Tudung Instant Saiz L?
Jom Tinjau Tudung Aqilah..

Boleh order dengan komen di FACEBOOK
ataupun komen sahaja di BLOG ini & order
di bahagian ORDER FORM..

AQILAH SAIZ L 
RM52 EXCLUDED POSTAGE
BUY 3 FREE POSTAGE

Material Body : Pure Lycra Korea 
Material Chiffone : Soft Plain Chiffone Korea
Material Awning : High Quality Codroy
Length from Chain to bottom : 19 Inch










Thursday, 28 August 2014

JENIS-JENIS FABRIK BHG 7

JENIS-JENIS FABRIK (Boleh lihat diruangan INFO)

  • WOOL

Fabrik ini berasal daripada bulu haiwan terutamanya biri-biri. Antara ciri-ciri fabrik ini adalah ianya akan kembali kepada keadaan asal setelah direnggangkan dan bertahan lama. Ia juga tidak mudah kotor dan amat sesuai untuk dipakai untuk menahan cuaca sejuk. Fabrik wool tidak sesuai untuk dicuci dengan kerap kerana ia tidak dapat bertahan lama sekiranya ia kerap dicuci. Oleh itu, setkan mesin basuh ke mod delicate dan jangan digosok dengan menggunakan berus sekiranya dicuci. Untuk mengelakkan fabrik ini mengecut, jangan keringkan menggunakan alat pengering.
 
Fabrik Wool (Gambar diperoleh daripada Website Glam Check..TQ)

Struktur Fabrik Wool (Gambar diperoleh daripada Website Wool Mark..TQ)

  • LYCRA

Lycra adalah sejenis fiber kenyal yang dapat meregang 4-7 kali ganda dan bila dilepaskan ia dapat kembali ke ukuran asalnya. Lycra bersifat kenyal dan nampak melekat pada tubuh. Fiber kain lycra juga dicampur dengan fiber semulajadi seperti wool, linen, sutera dan cotton. Campuran ini tidak mengubah bentuk kain lycra malah meningkat prestasi kain yang lebih baik. Ianya juga meningkat fleksibiliti, memberi kesejukan kepada pemakai dan juga membentuk kain yang lebih fleksibel. Kain lycra juga mempunyai sruktur kimia yang khusus yang dapat menyerap peluh dan anti parasit, fungus, cendawan dan lain-lain. Campuran fiber semulajadi dan buatan juga meningkatkan kualiti kain yang memberi kesegaran dan keselesaan kepada pemakai. Lycra diaplikasi secara meluas untuk semua jenis pakaian seperti kemeja, blouse, sweater, jaket, jubah, gaun, pakaian renang, pakaian olahraga, telekung, tudung dan juga selendang. Berbagai nama fabrik dikaitan dengan lycra sebagaimana kain chiffon seperti lycra plain, lycra printed (bercetak), lycra paisley, lycra tribal dan lain-lain.

Lycra Cotton: Lycra jenis ini bergetah dan lembut jadi ia mengikut bentuk badan walaupun ada campuran cotton. Kain lycra jenis ini bersifat berbulu dan mudah terkoyak. Contoh: Jubah atau Cardigan Lycra. Antara ciri-ciri kain lycra seperti ianya kelihatan kasual, kenyal (elastik), tahan lama, tahan haba panas, lembut, halus, penyerap air yang baik mempunyai kestabilan dimensi yang dapat menjaga postur pemakai, mempunyai ketahanan lipatan dan fit pada tubuh pemakai. Lycra juga tidak perlu disterika jika malas.

Fabrik Lycra (Gambar diperoleh daripada Website SLDR Fabrics..TQ

Struktur Fabrik Lycra (Gambar diperoleh daripada Blog Textile Learner..TQ)

Struktur Fabrik Lycra (Gambar diperoleh daripada Website Acadex..TQ)

Wednesday, 27 August 2014

JENIS-JENIS FABRIK BHG 6

JENIS-JENIS FABRIK (Boleh lihat diruangan INFO)

  • SONGKET

Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dalam kalangan bangsawan Melayu.
Fabrik Songket (Gambar diperoleh daripada Website Ieda Immi..TQ)

Struktur Fabrik Songket (Gambar diperoleh daripada Blog Laman Seni 09..TQ)

  • KAIN RENDA

Fabrik jenis ini mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
 
Kain Renda (Gambar diperoleh daripada Website Fit Inline..TQ)

  • SCOTCHGUARD

Fabrik jenis ini diselaputi bahan kalis air serta tahan lasak.

Fabrik Scotchguard (Gambar diperoleh daripada Website Etsy..TQ)

Tuesday, 26 August 2014

JENIS-JENIS FABRIK BHG 5

JENIS-JENIS FABRIK (Boleh lihat diruangan INFO)

  • SUTERA

Sutera adalah fabrik yang mempunyai bahan yang lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaitkan dengan wanita dan cinta. Antara ciri-ciri sutera adalah sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh, menyerap peluh serta memerlukan pembasuhan kering supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.

Fabrik Sutera (Gambar diperoleh daripada Website Jakel..TQ)

  • VISCOSE

Viscose adalah fabrik apabila dipakai terasa lembut dan dingin di kulit, bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya berkilat. Fabrik ini boleh dicuci atau dicuci kering, kekotoran dari sisa makanan dan minyak akan mudah hilang jika menggunakan bahan pencuci serta turut menyerap peluh. Tetapi pakaian atau bahan viscose ini akan rosak apabila direndam dengan bahan pencuci lebih daripada 1 jam.

Fabrik Viscose (Gambar diperoleh daripada Website Asia Ru..TQ)

  • LINEN

Linen adalah sejenis fabrik yang kaku dan dingin, maka ia sangat sesuai untuk pakaian kasual dan juga dress. Selain itu, linen juga mempunyai permukaan fabrik yang agak kasar, menyerap peluh, 4 kali lebih lasak daripada fabrik cotton, tahan dijemur panas pada suhu 450°F. Kain juga akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam.
Fabrik Linen (Gambar diperoleh daripada Blog Yusemy Textile..TQ)

Monday, 25 August 2014

JENIS-JENIS FABRIK BHG 4

JENIS-JENIS FABRIK (Boleh lihat diruangan INFO)


  • CHIFFON

Chiffon biasanya diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak fabrik chiffon, fabrik chiffon yang diperbuat daripada polister adalah yang paling susah untuk diwarnakan. Biasanya fabrik chiffon digunakan untuk membuat gaun, riben dan juga pakaian dalam. Chiffon adalah sejenis fabrik yang berkain jarang, mudah dilentuk, sejuk, mudah digosok dan sangat cantik sebab itu kebanyakan fabrik chiffon selalu digunakan untuk membuat kurung moden atau kebaya. Tetapi fabrik jenis ini agak susah untuk didapati buat masa sekarang dan penjagaannya juga perlu teliti kerana akan mudah tertarik jika pemakainya agak lasak.

Fabrik Chiffon (Gambar diperoleh daripada Website Jinyuhg Texindex..TQ)

  • SATIN

Fabrik satin selalunya licin dan sesuai digunakan untuk membuat baju melayu dan pakaian pengantin. Satin mudah dijahit, senang dijaga dan juga tahan lama.

Fabrik Satin (Gambar diperoleh daripada Website Big Daddy Gypsy..TQ)

Struktur Fabrik Satin (Gambar diperoleh daripada Website En Wikipedia..TQ)

  • POLISTER

Polister memiliki daya ketahanan yang kuat. Cuma kelemahannya adalah bersifat bahan terasa panas di badan, tidak menyerap peluh, pemakai yang mempunyai masalah kulit sensitif dan bermasalah disarankan tidak memakai bahan polister tulen kerana akan merosakkan lagi kulit anda serta kotoran minyak dan makanan juga susah untuk dihilangkan pada pakaian. Tetapi polister tahan untuk direndam di dalam air lebih dari 3 jam.

Fabrik Polister (Gambar diperoleh daripada Website Yofitex..TQ)

Struktur Fabrik Polister (Gambar diperoleh daripada Website Wise Geek..TQ)